Aku Musafir

Aku Musafir

Friday, April 5, 2013

Apa Yang Kita Tak Tahu Tentang Ayah..

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah.. =)

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. Syukur yang tidak terhingga kepadaMu Ya Allah serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Syukur ku pada Allah kerana diberi peluang bersama keluarga tersayang setelah sekian lama tidak meluangkan masa bersama. Tidak mengapa walaupun tidak cukup ahli, namun tetap terasa bahagianya diri ini. Alangkah bertambah bahagianya jika along sekeluarga, angah sekeluarga dan achik juga turut ada sekali. Berkumpul pada waktu petang dengan dihidangkan rezeki dariNya sambil menikmati keindahan alam ciptaanNya. Sambil-sambil itu juga, pelbagai cerita yang dikongsi. Daripada isu-isu semasa, pengalaman di Langkawi Island sehinggalah kepada kisah-kisah kami adik beradik semasa kecil-kecil dahulu. Tersenyum sendirian tatkala mengimbau kembali kisah-kisah zaman dahulu. Alhamdulillah, bersyukur sangat kerana dikurniakan kedua ibubapa yang sangat menitikberatkan soal agama. Jika bukan kerana ummi yang melahirkan diri ini dan jika bukan kerana papa yang membesarkan diri ini, sudah pasti ana tidak menjadi seperti sekarang. Syukur syukur syukur.. Hanya itu sahaja ungkapan yang mampu dikeluarkan dan sudah pasti tidak dapat membalas segala jasa pengorbanan ummipapa selama ini. Hatta jika dibayar dengan wang berbilion-bilion ringgit sekalipun, memang tidak dapat membalas semua itu. Allahu rabbana. Betapa besarnya pengorbanan ummipapa. Dan ana juga yakin antum juga begitu. Pasti antum bersyukur kerana dikurniakan ibubapa yang menitikberatkan soal agama, yang sayangkan antum, cukup kasih sayang.. Terasa sayang mahu meninggalkan mereka suatu hari nanti. Berat hati ini jika terpaksa meninggalkan mereka. Rasa tidak sanggup berjauhan dengan mereka. Macam-macam perasaan yang timbul apabila memikirkan jika ada perpisahan yang berlaku.. Taknak taknak taknak...


Malam ini ana ingin kongsikan sesuatu yang kita tidak tahu tentang jiwa seorang ayah,abah,abi, PAPA, daddy,dad.. Macam-macam lagilah gelarannya. Semua itu sama sahaja. Yang penting, malam ini ana ingin kongsikan sesuatu yang kita tidak tahu tentang JIWA SEORANG AYAH...


........................................................................................................................


Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi, tahukah kita sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?


Semasa kecil, ibulah yang sering mendukung kita. Tapi tahukah kita bahawa sebaik sahaja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih, ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian.


Saat kita sakit aau demam, ayah sering membentak, "sudah diberitahu! Jangan minum ais!". Tapi tahukah kita bahawa ayah sangat risau?


Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata, "Tidak boleh!".. Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah seseorang yang sangat berharga.


Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.


Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar. Disaat kita memerlukan itu ini, untuk keperluan kuliah, ayah hanya mengerutkan dahi. Tapa menolak, ayah memenuhinya. Saat kita berjaya, ayah adalah orang pertama berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga.


Sampai ketika jodoh kia telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita daripada ayah, ayah sangat berhai-hati mengizinkannya. Dan akhirnya, saat ayah melihat kita diijabkabulkan, ayah pun tersenyum bahagia.


Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?


Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia. Ayah berdoa, "Ya Allah, tugasku telah selesai dengan baik. Bahagiakanlah putera puteri kecilku yang manis ini bersama pasangannya.."


Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak lagi kuat untuk menjaga kita...


Sayang Ayah...


..............................................................................................................


Begitulah serba sedikit perkongsian apa yang kita tidak tahu tentang ayah kita. Mungkin apa yang tertulis di atas, tidak sama sebiji.  Namun, cuba baca dan perhatikan serta fahami dengan hati. Setiap kata-kata di atas mempunyai maksud yang tersirat. Mungkin ada yang faham dan mungkin ada yang tidak. 


Pada ana, maksud yang tersirat dalam kata-kata di atas, benar-benar berlaku pada seorang lelaki yang bertakhta di hati ini. Siapa lagi kalau bukan insan yang sangat ku sayangi dan kasihi, papa... Berdasarkan pemerhatian, tatkala anak-anaknya (adik beradik ana) pulang ke rumah, papalah insan yang paling gembira. Celotehnya tidak kering gusi. Papa tidak akan memberitahu perasaan gembiranya apabila kami adik beradik pulang, namun setiap kata-kata yang keluar dari bibirnya itu jelas menunjukkan papa sangat gembira dan bahagia. Mana tidaknya.. Jika anak terlalu rindukan ibubapa mereka, apatah lagi ibubapa sendiri. 


"Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan kami adik beradik ummi dan papa...Terima kasih ya Allah.. Terima kasih ya Allah.. Terima kasih ya Allah.."



gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment