Aku Musafir

Aku Musafir

Saturday, April 6, 2013

Diriku Bunga Yang Bagaimana??...


Petang semalam terlihat kepadaku sekuntum bunga. Kelopaknya indah warna warni, ku cuba mendekatinya tapi niatku terbantut tatkala meliha duri-duri tajam di batangnya, pasti duri-duri itu akan melukai jemariku. 

Aku cuba mencium baunya tetapi amat payah lantaran sukar memegangnya. Aku mengeluh sendiri mencari bunga cantik yang bisa ku sentuh lalu ku terlihat kepada sekuntum bunga tidak jauh dariku.


Aku menghampiri bunga itu, nampak cantik. Dari jauh ku lihat batangnya, tiada berduri lalu ku sentuh dan ku cuba menciumnya. Tapi tak lama kemudian, aku lepaskannya. Baunya cukup membuatkan aku loya lalu aku terdengar suara manusia lain dibelakangku; sepasang adam dan hawa sedang bermanjaan lagak mereka sungguh menjengkelkan. Aku 'mengumpat' di dalam hati rasa mara apabila hukum Tuhan tak diendahkan.


Tak lama kemudian, si adam memarahi si hawa. Aku hanya melihat dari jauh seperti menonton drama di televisyen. Lalu si adam meninggalkan si hawa seorang diri. Membiarkan gadis manis itu menangis hiba sementara itu pula aku terpandang seorang hawa berpakaian serba sopan, sederhana gayanya. Dia berjalan tidak jauh dariku.


Pakaiannya labuh tidak merangsang nafsu. Alangkah senang hatiku melihatnya menundukkan pandangan. Adam di sisi langsung tidak menegur, bukan kerana benci tetapi tanda hormat.


Aku tersenyum sendiri. Tiba-tiba aku teringatkan dua kuntum bunga yang baru ku lihat.


Aku mula bermonolog.. Bunga yang berduri itu pasti susah didekati sang kumbang. Bunga yang busuk itu pasti sudah dihisap madunya oleh sang kumbang. Lalu kumbang itu meninggalkannya setelah puas madunya dihisap.  


Aku melihat kembali ke arah dua hawa tadi lalu ku bingkas bangun. 


Siapakah aku??


Aku tergolong dalam kelompok bunga yang mana??


Aku menangis merenung sifat sendiri..


Ya Allah! Jadikan aku BUNGA idaman para mujahid. Bunga idaman AGAMA! Aku mahu kelopakku indah tanpa sedikit pun kotoran. Jadikan aku wanita solehah, wanita mukminah!


Moga diriku seperti Khadijah, Masyitah, Aisyah, Muthi'ah dan Ainul Mardhiah! Aku ingin menjadi bunga idaman Islam..


Dan aku juga ingin menjadi bunga yang dipenuhi duri-duri tajam. Dan hanya sang kumbang yang layak sahaja bisa memetikku untuk dijadikan hiasan dunia dan akhirat...insyaAllah.. =)





No comments:

Post a Comment