Aku Musafir

Aku Musafir

Thursday, April 18, 2013

Sesungguhnya....

Sebenarnya hati ini cinta kepadaMu
Sebenarnya diri ini rindu kepadaMu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langitMu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan berbunga

Ku cuba menghulurkan 
Sebuah hadiah kepadaMu
Tapi mungkin kerana isinya 
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langitMu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan berbunga

Jika tidak mengharap rahmatMu
Jika tidak menagih simpati
PadaMu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasihMu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepadaMu
Moga ku tahu
Syukurku hanyalah milikMu



Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah.. =)

Sedikit perkongsian untuk kalian bait-bait nasyid yang disampaikan oleh kumpulan Raihan yang berjudul Sesungguhnya. Tidak tahu bagaimana ingin diceritakan perasaan ini tatkala mendengar nasyid ini. Setiap bait lirik nasyid ini memberikan maksud yang dalam. Apa yang difahami, seseorang yang rindukan dan cintakan Penciptanya. Sungguh, aku hanya inginkan keredhaan dariNya. Setiap apa yang dilakukan, hanya ingin mendapat redha Allah...

No comments:

Post a Comment