Aku Musafir

Aku Musafir

Thursday, April 4, 2013

I'm at Langkawi Island...

Assalamualaikum wbt dan salam mahabbah.. =)

Alhamdulillah wa syukur lillah kerana Allah masih lagi memberi peluang bersama keluarga tersayang dan menikmati kehidupan yang telah tertulis di Luh Mahfuz. Alhamdulillah juga kerana Allah beri kekuatan dan keizinan untuk jari jemari ini menari di papan keyboard. Sudah pasti jika tanpa izinNya, diri ini tidak mampu menaip setiap apa yang antum baca sekarang. Untuk entry kali ini, ana ingin kongsikan pengalaman pertama ana menjejakkan kaki ke sebuah pulau yang cukup indah. Ana ke sana kerana mengikuti lawatan bersama dengan warga masjid. Apabila sebut warga masjid, sudah pastilah mereka ini terdiri daripada golongan yang sudah berusia. Lawatan ini mengambil selama 3 hari 2 malam. Lawatan ini dianjurkan oleh sebuah yayasan yang terletak di Kuala Terengganu. Ana dan ummi merupakan salah seorang daripada peserta lawatan tersebut. Pada asalnya, kedua ibu bapaku yang pergi. Namun, disebabkan hari itu adalah hari persekolahan, jadi ana yang menggantikan tempat abi. Ingin diberi peluang kepada adik tersayang, katanya dia sudah pun pergi ke sana. Oleh itu, adik tersayang memberi peluang kepadaku untuk ke sana. Tambahan pula, ana tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke sana. Jadi, peluang ini diambil kerana ana tahu bukan senang-senang hendak ke bermusafir ke sana. 

AHAD / 1.4.2013

Selesai Solat Isyak bersama abi, kami pun menaiki kenderaan untuk ke masjid, iaitu tempat kami berkumpul untuk menaiki bas. Tiba di masjid, ana, ummi, abi dan adik tersayang menunggu kedatangan bas yang bakal ana dan ummi naiki. Sementara itu, sudah semakin ramai ahli masjid tiba. Sementara menunggu bas, kami bersembang antara satu sama lain. Tepat jam 10 malam, kelihatan bas yayasan tiba menghampiri kami. Ana membawa beg kain sembahyang dan juga handbag ke atas sepertimana yang telah diarahkan ummi manakala ummi dengan abi pula meletakkan beg di bawah. Lebih kurang 15 minit kemudian, kami bertolak ke destinasi yang dituju. Perjalanan pada malam itu hanya ditemani dengan radio dan enjin bas yang memecah kesunyian. Manakala 'anak bas' pula sedang nyenyak tidur. 

Pada jam 12. 18 am, kami berhenti di Machang untuk makan-makan sebagai alas perut. Hanya sebahagian sahaja yang turun. Ada yang makan dan ada juga yang mengambil angn pagi-pagi untuk menghilangkan mengantuk. Ada juga sebahagian yang lain hanya melihat  dari dalam bas. Dan ada juga yang lena dibuai mimpi. Pelbagai kerenah dan telatah ku lihat.  Ana pula hanya menunggu tayar bas kembali berputar menuju ke destinasi. Tidak lama kemudian, tayarnya kembali berputar. Perjalanan kami diteruskan kembali.

ISNIN / 2.4.2013

Kami tiba di masjid untuk menunaikan rukun islam yang kedua pada jam 6.10 am. Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Perlis. Tepat jam 8.00 am kami tiba di Jeti Kuala Perlis. Kami akan menaiki feri sejam kemudian. Sementara menunggu 9.00 am, kami sarapan terlebih dahulu di gerai berhadapan jeti. Alhamdulillah, dapat juga mengisi kekosongan perut ini. Usai sarapan, ana, ummi dan ahli-ahli masjid yang lain menunggu detik 9.00 am di balai menunggu untuk menaiki feri. 


pemandangan dari luar feri

Pada jam 9.35 am, kami ke Jeti Pulau Langkawi. Perjalanan ini hanya memakan masa selama satu jam sahaja. Sebaik sahaja tiba di Jeti Pulau Langkawi, kami menunggu pihak yayasan mencari 4 buah van untuk disewa. Setelah itu, kami ke Sinaran Motel yang terletak tidak jauh dari jeti sebagai 'rumah sementara' selama 3 hari ini. Tiba di motel, ana, ummi, dan dua orang lagi ahli masjid berada dalam satu bilik. Alhamdulillah, sangat selesa. Sesi ta'aruf antara ana dengan dua orang ahli masjid ini berlaku lah secara tidak langsung. Rupa-rupanya salah seorang daripada mereka merupakan ibu kepada classmate ana sekolah rendah dahulu kala. Apa lagi, kami pun mengambil peluang ini bercakap-cakap tentang ana dan juga anaknya itu. Manakala seorang lagi merupakan ibu saudara adik ipar abi. Semuanya kenalan ummi dan abi. Rancak jugalah kami berbual. Best sangat. 


'rumah sementara'

Jam 12.00 pm, kami ke salah sebuah gerai berdekatan dengan motel untuk makan tengahari, atau dalam English nya lunch. Kemudian, kami kembali ke motel semula untuk mempersiapkan diri, solat kerana pada jam 3.00 pm pula kami akan keluar shopping di Idaman Suri dan juga Haji Ismail Group atau nama ringkasnya HIG. Bak kata salah seorang daripada kami, "kite mari sini nok perabis duit..hehe..." Tersenyum sendirian mendengarkan kata-katanya itu. Biasalah warga ibu, kalau datang ke Langkawi, tiada shopping lain selain daripada shopping pinggan mangkuk, cawan-cawan, sudu,garfu, periuk dan macam-macam lagilah. Bagi orang bujang lagi, tiada apa yang seronok pun shopping pinggan mangkuk sebab tiada apa yang perlu dibeli. Orang-orang bujang ini hanya melihat sahaja telatah warga ibu ini. Setelah sakan mereka bershopping, kami kembali ke motel. Pada malamnya pula, kami berhajat mahu keluar selepas makan malam di warung yang terletak di sebelah motel. Tetapi, hujan pula turun membasahi bumi seperti tidak membenarkan kami berjalan-jalan. Barangkali mahu kami berehat secukupnya dan mengumpul tenaga untuk bershopping pula pada esok harinya.


SELASA / 2.4.2013

Pada jam 8.30 am, kami ke kedai menjual minyak-minyak gamat. Pelbagai jenis ubat dan minyak urut yang berasaskan gamat dijual disini. Seperti biasa bagi orang bujang, memang tiada apa yang istimewa di situ. Hanya melihat sahaja. 


Antara minyak gamat yang dijual

Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke gerai-gerai yang menjual kain-kain batik, t-shirt, dan cenderahati. Peluang ini ana rebut untuk ke gerai-gerai yang menjual cenderahati. Sambil-sambil berjalan, tetiba ternampak sebuah gerai yang menjual blouse yang sangat cantik. Apalagi, peluang sudah ada didepan mata, sama ada nak atau tidak, bergantung pada diri sendiri. Tambahan pula sudah lama ana mencari blouse. Alhamdulillah, dapat juga akhirnya. 

Setelah satu jam diberi masa bershopping, seterusnya kami ke Oriental Village. Di sinilah tempatnya kereta kabel yang menjadi tumpuan setiap pengunjung yang datang ke Langkawi. Sudah pasti tidak akan melepaskan peluang ini. Namun kami tidak menaiki kereta kabel kerana ada yang takut dan gayat. Hati ini teringin sangat-sangat menaikinya. Tetapi disebabkan majoriti takut menaikinya, terpaksalah dibatalkan hasrat menaiki kereta kabel. Terdetik di hati, "Takpelah. Lain kali aku nak juga naik kereta kabel..hehe..Kau tunggu aku ye, cable car.." Agak-agak bilalah pula dapat datang ke sini lagi.. Sambil berjalan-jalan di sekitar Oreintal Village, ana terjumpa salah sebuah kedai yang menjual baju-baju seperti t-shirt, baju muslimah, baju kanak-kanak dan juga cenderahati. Niat di hati hanya mahu melihat. Tetapi terlihat pula pada suatu t-shirt yang sangat berjaya memaut hati ini. Last-last, 'tabur' juga duit kat situ. Tidak puas dengan itu, ana berjalan sendirian di sekitar oriental ini kerana ummi sudah keletihan dan sudah tidak larat lagi. Pada jam 12.30 pm, kami bertolak balik ke motel. Memberi ruang pada diri menghilangkan keletihan.


Oriental Village Langkawi

sempat posing yer...

Pada 4.30 pm, kami ke Dataran Lang. Satu-satunya simbolik yang sangat terkenal di Pulau Langkawi ini. Sungguh cantik pemandangan disini. Sangat indah laut,langit,bukit-bukau ciptaanNya. Timbul kerenangan tatkala berada disini. Membuang segala masalah yang terpikul ke dalam laut, dengan harapan agar masalah-masalah ini tidak akan mengikuti sehingga ke tanah ana dibesarkan. Setelah itu, kami ke Nasi Kandar Haji Ali untuk makan malam. Usai makan, kami pulang ke motel.


Dataran Lang

Get ready nak terbang...

sekitar Dataran Lang


RABU / 3.4.2013

Hari ini merupakan hari terakhir kami menghabiskan masa di Pulau Langkawi. Seawal 7.30 am, kami turun dari motel untuk meletakkan barang-barang ke dalam van. Sementara menunggu mereka yang lain, kami berempat ke gerai makan untuk sarapan. Pagi itu hanya roti canai dan milo panas sebagai alas perut. Setelah itu, kami bertolak ke Jeti Pulau Langkawi pada jam 8.30 am. Lebih kurang satu jam setengah kami menunggu, akhirnya kami menaiki feri pada jam 10.00 am. Sejam kemudian, kami tiba di Jeti Kuala Perlis. Ketika bas tiba di jeti, pada masa yang sama juga abang dan kakak iparku tiba. Alhamdulillah, dapat juga kami bersua setelah sekian lama kami tidak bertemu. Kerinduan terubat walaupun cuma sekejap. Tepat jam 12 pm, kami bertolak ke negeri kami. Semasa dalam perjalanan, semuanya senyap. Penat agaknya. Ana juga turut merasakan begitu. Namun, digagahi jua. Melayan nasyid-nasyid kegemaran dan sudah pastinya nasyid pertama yang didengari adalah Kasih PadaMu by hafiz Hamidun. Seorang penasyid muda yang digemari. 


sekitar jeti 

antara barang-barang yang dibeli 

menaiki feri menuju ke jeti kuala perlis

Jam 1.20 pm, kami berhenti di R&R Gurun, Kedah untuk makan tengahari dan solat. Perjalanan kami diteruskan sehinggalah ke R&R Titiwangsa, iaitu puncak yang tertinggi sepanjang perjalanan kami. Di puncak ini, ada yang minum-minum. Tidak kurang juga yang berbual-bual melepaskan kebosanan setelah beberapa jam berada dalam bas. Pada jam 7.22 pm, kami berhenti seketika di bukit bunga untuk membeli buah-buahan. Tepat jam 9.15 pm, kami berhenti pula untuk makan sate di daerah Jabi. Beberapa minit kemudian, kami solat di sebuah masjid yang berdekatan dengan warung sate tadi. Setelah itu, perjalanan kami diteruskan. Tepat jam 12 am, kami selamat tiba di masjid. 

Begitulah al kisahnya perjalanan ana sepanjang 3 hari ini berada di Pulau Langkawi. Pelbagai pengalaman, ragam dan telatah mereka. Ada yang mencuit hati. Dan yang paling best, adalah apabila diri ini dikelilingi kaum ibu, pelbagai perkongsian dan pelbagai cerita yang dapat diambil. Best sangat apabila masuk ke dunia warga ibu ini. kadang-kadang, mereka seperti anak kecil. Yang paling penting adalah berhati-hati apabila berbicara. Walaupun bergurau dengan mereka, tetapi hormat dan adab tetap perlu dijaga. Perasaan mereka juga perlu dijaga. Warga ibu ini, hati mereka mudah tersentuh. Tersilap kata,tersalah bicara, silap hari bulan, tak bertegur.. Banyak hal yang mengajar ana sepanjang bersama mereka. Seronok,Best,Gembira, semuanya ada. Alhamdulillah..

Dan yang paling penting, ingin pergi lagi ke sini. Bersama keluarga tersayang... insyaAllah... =)


No comments:

Post a Comment